Wednesday, 3 August 2016
Ulasan Karya Bahasa Melayu: "Sepi Si Tua" karya Iffah Afeefah
Ruangan ulasan ini bakal membincangkan satu cerpen hasil karya daripada Iffah Afeefah yang berjudul "Sepi Si Tua". Cerpen yang sangat ringkas jalan ceritanya dan mempunyai pengisian dan pengajaran yang wajar di ambil iktibar oleh segenap lapisan masyarakat.
Sinopsis:
Iffah telah di tahan wad atas sebab keracunan makanan, beliau dirawat bersama pesakit-pesakit yang lain termasuklah seorang wanita tua yang mencapai taraf warga emas. Si nenek yang merupakan salah satu pesakit yang terdampar di katil hospital sekian lama telah menyentuh hati Iffah dalam mencari erti kebahagiaan dalam diri si nenek itu.
Tanpa kehadiran pelawatnya telah membuatkan Iffah mula berfikir, kenapa beliau diperlakukan sebegini rupa. Tanpa menjengguk, memberi wang ataupun menghubungi si nenek tersebut. Apakah kesalahan yang dilakukan oleh warga emas ini? Hanya ungkapan “sampainya hati mereka” dapat di luahkan. Amat memilukan sekali apabila anaknya hanya menghantar beliau di Pusat Jagaan Orang Tua dan lantas membiarkan si Nenek berdapar di Hospital sahaja.
Kehadiran Iffah sedikit sebanyak telah mengisi kekosongan yang dibelengu kesedihan dalam dirinya. Iffah telah membuat keputusan untuk menjaganya sehingga hayat terakhir orang tua itu pada tahun lepas. Hanya mampu mendoakan agar si nenek tersebut berada di golongan orang-orang yang beriman.
Nilai:
Kasih Sayang - Perasaan yang mulai dipupuk atas dasar simpati dan perikemanusiaan.
Tanggungjawab - Menjaga warga emas di hari-hari terakhirnya
Simpati - Kehidupan warga emas yang mengalami dugaan kehidupannya yang memilukan.
Yang Benar,
Syarifudin Sabri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment