Karya beliau merupakan cerita dongeng yang menjadi kegemaran kanak-kanak pada ketika dahulu, di mana cerita ini juga telah dilariskan menjadi sebuah bentuk cerita dan filem animasi bagi memperkenalkan hasil karya beliau. Karyanya bukan sahaja dikenali di negaranya, malah serata dunia mengenali Rapunzel.
Sinopsis:
Kelahiran Rapunzel berdasarkan atas perjanjian bapa kandungnya terhadap wanita sihir yang ingin menjadikan gadis tersebut sebagai anak angkat beliau. Perjanjian ini merupakan punca Rapunzel berada di atas menara yang terletak di dalam rimba tanpa sesiapa pun mengetahui kewujudannya.
Keunikkan serta keindahan pada rambutnya yang panjang membuatkan dirinya begitu cantik dan amat di kawal dengan rapi oleh wanita sihir tersebut yang kini merupakan penjaganya. Rapunzel yang telah dikurung dalam menara tanpa pintu dan tangga telah menyebabkan dirinya bersendirian tanpa mengetahui keadaan dunia luar. Hanya wanita sihir tersebut sahaja menjadi teman dikala sunyi pada siang hari.
Kehadiran jejaka yang terdengar alunan suara merdu gadis di menara tersebut telah mencuit hatinya. Beliau cuba untuk mendekati serta mendapatkan gadis tersebut sebagai wanita idamannya. Namun, tuah tidak memihak kepadanya apabila tiada pintu atau tangga untuk menaiki menara itu. Jejaka tersebut hanya mampu memandang dari jauh dengan melihat cara menaiki menara itu dengan memanggil "Rapunzel, turunkan rambutmu" oleh wanita sihir itu. Hari berikutnya didapati jejaka tersebut telah berjaya menaiki dengan panggilan seperti wanita sihir tersebut.
Kehadiran jejaka tersebut telah menakutkan Rapunzel akan orang asing yang tidak dikenalinya itu. Hasil penjelasan jejaka tersebut yang merupakan ketua kerajaan yang ingin membawanya pulang sebagai permaisuri. Setelah di yakinkan, Rapunzel bersetuju dan mengharapkan jejaka tersebut datang kembali untuk membawanya keluar dari menara tersebut dengan membawa tali yang dihasilkan oleh sutera.
Kemuncak cerita berlaku apabila Rapunzel bertanyakan soalan kenapa diri wanita sihir itu begitu berat berbanding jejaka yang diangkatnya dengan mengunakan rambutnya. Kemurkaan wanita sihir tersebut telah membuatkan wanita itu bertindak memotong rambutnya dan meniggalkan Rapunzel ditengah-tengah padang pasir. Kemudian, kehadiran jejaka tersebut pada hari berikutnya telah menemui malang apabila mendapati wanita sihir itu telah membutakan kedua-dua matanya.
Jejaka tersebut mampu berlari di setiap pelusuk rimba tanpa makan dan minuman kerana matanya yang telah di butakan. Bebarapa tahun kemudian, beliau berpeluang menemui Rapunzel yang terperangkap ditengah-tengah padang pasir, mereka mula berpelukkan melihat nasib masing-masing yang menimpa mereka. Hasilnya, Rapunzel telah menitiskan air matanya akibat kesedihan terhadap penglihatan jejaka tersebut telah menyembuhkan matanya dalam sekelip mata. Pengakhiran cerita memperlihatkan bahawa, jejaka tersebut mebawa pulang Rapunzel ke kerajaannya agar mereka hidup lebih bahagia.
Watak:
- Rapunzel
- Jejaka (Raja atau Ketua Kerajaan)
- Wanita Sihir
Latar Tempat:
- Menara kurungan
- Rimba
- Padang Pasir
- Berani - Jejaka tersebut berani mengharungi risiko dalam menemui gadis pujaannya.
- Jujur - Rapunzel tetap berkata benar dalam bicaranya bersama wanita sihir akan kehadiran jejaka tersebut.
No comments:
Post a Comment