Thursday, 4 August 2016

Pantun Fesyen Masa Kini - Karya Syarifudin Sabri


Perahu layar dibawa ke darat,
Dibawa dengan penuh muafakat,
Jelik pemakaian disalahkan barat,
Pemikiran cetek typical masyarakat.

Monyet berpaut diatas dahan,
Untuk menikmati buah rambutan,
Indah wanita ciptaan Tuhan,
Bertudung litup ditambah solekkan.

Jemputan majlis kenduri-kendara,
Sesat ke hujung ke sana sini,
Pelbagai gaya dan juga cara,
Gelaran hijabista gelaran terkini.

Cinta sejati menusuk dada,
Jiwa lara membawa siksa,
Jika berpakaian perlulah berpada,
Agar aurat dipelihara sentiasa.

Jenama mewah Dolce & Gabana,
Dibeli untuk hantaran nanti,
Pelbagai pakaian hanya di busana,
Fesyen muslimah mengamit hati.


Tulus dan Ikhlas,

Syarifudin Sabri

No comments:

Post a Comment