Ulasan yang akan diperbincangkan kali ini adalah karyawan-karyawan tempatan yang terdapat di dalam blog. Koleksi Kenanga Suci yang memaparkan sebuah cerpen bertajuk "Kerana Mimpi Itu" akan di ulaskan dalam ruangan ini.
Cerpen "Kerana Mimpi Itu" mengisarkan tentang mimpi yang menjadi seribu satu persoalan terhadap pembaca. Watak Dahlia yang merupakan watak utama yang mengalami peristiwa tersebut telah menyebabkan para pembaca inigin mengetahui perjalan cerita seterusnya agak persoalan besar ini dapat di rungkai.
Dahlia mengalami mimpi selepas selesai menunaikan solatnya. Beliau yang mula tertidur di atas sejadahnya mula mengalami mimpi yang dirinya kurang begitu pasti. Di dalam cerpen ini, Dahlia mengalami mimpi di mana beliau cuba mencari seorang lelaki yang amat di rinduinya itu di dalam Masjid. Kehadiran lelaki misteri itu agak kabur identitinya memandangkan penulis tidak memperkenalkan watak tersebut hingga ke penghujung jalan cerita, mungkin ianya adalah suami kepada Dahlia? ataupun kekasihnya? atau hanyalah sahabatnya sahaja.
Di dalam mimpi tersebut, dahlia mengikuti jejak langkah lelaki tersebut dengan pelbagai cara dan halangan yang dihadapinya, walaupun kelihatan hampir, jalan cerita ini menyukarkan pertemuan mereka di mimpi tersebut. Walaubagaimanapun, Dahlia mula di ketemukan dengan anak-anak kecil bersama seorang wanita yang sedang menunggu kehadiran lelaki itu. Persoalan bermain di fikiran Dahlia yang menjerumuskan beliau ke anggapan negatif. Linangan air mata mula membasahi pipi serta kekecewaannya yang mendalam.
Kejutan rakannya iaitu Intan mula membuatkan Dahlia terkesima akan mimpi yang dilaluinya, mencapai telifon bimbitnya serta lantas membaca satu pesanan ringkas oleh lelaki tersebut. Pertanyaan akan keadaan Dahlia daripada lelaki terbabit membuatkan Dahlia hanya berkata ianya mainan mimpi saja, namun secara tiba-tiba, lelaki tersebut mengatakan beliau baru pulang dari Masjid atas sebab kuliah agama dan jamuan makan. Apakah yang ingin di samapikan mesej mimpinya itu? adakah ianya suratan ataupun kebetulan sahaja? Persoalan ini menimbulkan tanda Tanya bagi setiap pembaca pada pengakhirannya.
Latar Tempat:
Majid, yang di hadiri oleh segenap lapisan masyarakat dalam mengadakan aktiviti jamuan makan serta kuliah agama.
Persoalan:
- Siapakah lelaki misteri yang diperjelaskan dalam karya ini? apakah hubungan mereka?
- Kanak-kanak kecil bersama seorang wanita menjadi tanda Tanya, siapakah mereka? dan apakah hubungan mereka dengan leaki misteri terbabit?
No comments:
Post a Comment