Pernahkah anda memiliki keghairahan dalam dunia fesyen dan obses terhadap bidang ini? Saya merupakan salah satu daripadanya. Tidak bermakna saya adalah sepenuhnya dari bidang ini, tetapi hanya mengenalinya sebagai satu keajaiban dalam keinginan diri sendiri.
Ya, amatlah benar sekiranya pereka fasyen tempatan bersumberkan dunia luar dalam menjadikan pakaian kita menjadi antara yang terhebat di persada dunia. Namun, apa yang cuba disampaikan di sini adalah tanggapan segelintir masyarakat yang hanya menilai dari sudut padangan negatif dan tidak pula menailaikan persekitarannya.
Mungkin bidang ini memperlihatkan banyak yang buruk daripada baiknya, tapi secara tidak langsung, apakah saudara dan saudari lupa? Bahawasanya bidang ini dikuasai oleh Barat? Apakah masyarakat Timur tidak bangkit dan menghasilkan identitinya masing-masing daripada menghasilkan tanggapan yang negatif sahaja. Berbangga dengan ciptaan yang dihasilkan anak tempatan yang berjaya mencipta nama diluar Negara demi memperkenalkan budaya pakaian yang sopan dari timur.
Tidak perlu untuk kita menghasilkan rekaan mirip ciptaan mereka, cukup hanya menampilkan konsep pakaian muslim dan muslimah yang terbaik. Percayalah, mereka (Barat) akan mengikuti jejak langkah kita sekirannya kita yang menguasai bidang ini.
Bagaimana dengan pakaian jubah graduasi? Adakah dari Barat? Renungkan...
Yang Benar,
Syarifudin Sabri
cam peragut jer...
ReplyDelete