Saturday, 6 August 2016

Coco Chanel




Impian itu adalah cita-cita yang di idamkan, keberanian dalam menceburi bidang fesyen adalah satu mimpi bagi gadis cantik yang kini di kenali seluruh dunia iaitu Coco Chanel atau nama sebenarnya iaitu Gabrielle Bonheur Chanel . Beliau merupakan pemilik jenama yang tersohor CHANEL telah Berjaya membina empayar perniagaannya sehingga 70% memiliki pasaran dunia terutamanya industri fesyen.

Gabrielle Bonheur Chanel yang merupakan seorang gadis miskin daripada keluarga yang berniaga sayur-sayuran di sebuah pasar kecil yang terdapat di Perancis. Pada usianya enam tahun. Setelah kematian ibunya, Coco telah menerima pendidikan di sekolah berasrama Katolik. Pada musim panas, Coco mempelajari seni jahitan di asramanya, lantas menjadikan aktiviti tersebut adalah hobi. Beliau kerap menjahit pakaiannya sendiri dan mula melebarkan bakatnya dengan menghasilkan pakaian wanita dan topi untuk di jual.


Perniagaannya mula berkembang pada tahun 1910 apabila topi menjadi produk utamanya. Topi itu kemudian menjadi trend di seluruh dunia. Kreativiti Coco tak hanya tertumpu kepada rekaan pakaian semata-mata, tetapi parfum yang diperkenalkan iaitu Chanel No. 5 yang laris di pasaran. Impiannya tercapai, melalui kerja keras dan tekad membuat seorang perempuan tampil menarik dalam berbusana.

Hayat Coco Chanel terhenti di usia 87 tahun. Beliau meninggal pada 10 Januari 1971 akibat serangan jantung. Tuntasnya, Kejayaan milik sesiapa yang gigih berusaha dan yakin dengan kemampuan yang dimiliki.

No comments:

Post a Comment