Inilah tugasan pertamaku dalam menguruskan majlis pertama yang gilang gemilang bagi majikkanku. Persembahan ini memerlukan kakitangan yang ramai dalam menjayakan misi yang ingin dilunaskan. Kehadiran jemputan dianggarkan sebanyak 300 orang yang ratanya terdiri daripada rakya Singapura itu sendiri. Ilham Echenta mempunyai cawangannya di sana membuatkan kami lebih di senangi serta di kenali oleh setiap pencinta fesyen.
Mengupas tentang pengalaman pertamaku di sini, ya, mungkin ini kali pertamaku menjejak kaki di kota Singapura. kehadiranku dalam menjayakan persembahan ini agak kekok dan gentar oleh kerana tiada pengalaman dalam industri ini. Walaubagaimanapun, di sebabkan majikkan yang banyak membantu serta memahami, kami berpakat dalam membina kejayaan empayar perniagaan busana Muslimah ini ke peringkat antarabangsa InshaAllah.
Cukup sekadar mempelajari pengalaman yang pahit manis dalam liku-liku kerjaya di Ilham Echenta, bagiku ianya adalah sesuatu yang berbaloi sepanjang proses pembelajaran ini. Alhamdulilah, ketemu juga bidang yang di nanti dalam industri yang di impikan.
Mungkin suatu hari nanti, aku akan mengalami proses-proses seperti ini dalam mempergiatkan industri fesyen ke antarabangsa. Mungkin sedikit sebanyak ilmu diberi memberikan aku lebih semangat untuk meneliti rencah kehidupan sebagai seorang usahawan.
InshaAllah, dengan izinNya.
Yang Benar,
Syarifudin Sabri
No comments:
Post a Comment