Kejujuran oh hatimu Maria,
Melambangkan aggungnya seorang
wanita,
Mencurah kasih menabur sayang
tiada meniti batasan,
Disebalik naluri Mariana,
Yang memendam cemburu dan curiga,
Walaupun kasih amat mendalam
hatinya masih jua resah,
Maria oh Mariana,
Kekalutan masih juga melanda,
Walaupun jiwa hampir serupa,
Dimanakah nanti penghujungnya...
Keindahan warna
lirik lagu yang di sampaikan oleh penyanyi yang terkemuka pada sekitar 90-an
iaitu Zamani. Melihat akan alunan dan maksud liriknya yang begitu memukau
seluruh penonton dan meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam sebuah filem
berprestij pada ketika dahulu. Penulis amat tertarik untuk menceritakan
beberapa pandangan akan sebuah filem hebat yang di arahkan oleh Datuk Yusof
Haslam pada tahun 1996 dan 1998.
Seperti mana yang kita ketahui, cerita
ini mengisahkan tentang dua beradik yang mempunyai watak dan perwatakkan yang
amat bertentangan antara seorang kakak dan adiknya. Pertelingkahan yang
seringkali mengundang kesabaran seorang kakak terhadap adiknya yang bersikap
bebas membuatkan keluarganya sentiasa kegelisahan. Maria (Erra Fazira) memilih untuk
menumpukan kejayanya sebagai seorang polis. Namun begitu, sifat Mariana (Ziana Zain) juga
dapat dilihat begitu senang akan kehadiran seorang jejaka yang telah menerangi
kehidupan beliau, iaitu Jefri.
Kemuncak kekecewaan Mariana datang
apabila Jefri (Edika Yusof) memilih untuk berkahwin dengan Maria dan bukannya beliau. Dalam
masa yang sama, Tony dan Robert merupakan pemimpin kepada geng penjenayah cuba
untuk menghancurkan dan menculik Mariana. Maria mempertaruhkan risiko hidupnya
sendiri untuk menyelamatkan adiknya. Kesannya, Maria mengalami cedera parah
kerana ditembak. Pengakhiran filem Maria Mariana tidak bergantung sampai disitu
sahaja, kerana pada tahun 1998 telah menghasilkan satu lagi sambungan filem
daripadanya, iaitu Maria Mariana 2.
Maria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Faris yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Setelah setahun diberikan cuti rehat, Maria ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di salah sebuah Kelab Malam yang tersohor. Kehadiran Remy (Rosyam Nor), iaitu rakan sekerja yang mula menyimpan perasaan terhadap Mariana telah mencorakkan lagi jalan cerita ini dimana. Roy (Roy Azman) iaitu bekas teman lelakinya yang telah muncul semula telah menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liarnya mula kembali. Hubungan Maria dan Mariana kembali tegang.
Kehadiran Sazali (Awie) yang telah menyelamatkan Mariana daripada Roy dan rakannya telah menambat hari Mariana. Sazali diperkenalkan kepada keluarganya kerana Berjaya menyelamatkannya pada malam tersebut. Mariana bertindak membantu Sazali dalam menguruskan Kelab Malamnya sebagai penyanyi. Namun, hal tersebut mula terbongkar apabila Maria mula mengetahui akan hal sebenarnya iaitu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal yang berleluasa. Maria bertindak menghalang adiknya daripda terus berhubung dengan Sazali, namun kekecewaan Mariana dilihat terus menyalahkan nasib dirinya yang sentiasa ditimpa malang.
Mariana bertindak untuk bertemu dengan Sazali, namun sebaliknya berlaku apabila Mariana telah mendengar semua penjelasan yang tidak diduga oleh Sazali dengan Suzy (Ning Baizura). Mariana bertindak meninggalkan Sazali dan berhenti daripada menyanyi di Kelab Malam tersebut. Unit PDRM yang diketuai oleh Maria telah menyerbu masuk ke Kelab Malam tersebut bagi menumpaskan sendiket pengedaran dadah dan pil khayal. Pergelutan dan tembak menembak berlaku diantara Maria dan Sazali, dan akhirnya Sazali Berjaya ditumpaskan.
Pengakhiran filem Maria Mariana ini telah menemui penutup yang bahagia, dimana Mariana dikahwinkan bersama Remy dan keluargan mereka tetap bersatu dalam menempuhi segala halangan dan rintangan yang melanda mereka.
No comments:
Post a Comment