Assalamualaikum,
Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi, setelah menempuh hampir empat bulan lamanya dalam semester empat di Universiti Kebangsaan Malaysia, penulis berpeluang untuk menulis blog ini. Dengan ini penulis dapat meluahkan segala isi cerita, impian dan anggan-anggan dalam kehidupan penulis.
Sebelum memulakan suka duka, pahit manis, asam garam cerita penulis. Penulis ingin memperkenalkan diri ini, Muhamad Syarifudin bin Sabri adalah nama yang diberi pada tarikh 3hb September 1991 di Raub, Pahang, Malaysia. Penulis kini telah mencapai usia 25 tahun (unofficially), namun kehidupan sebagai seorang pelajar Pengajian Bahasa amatlah luar biasa. Mempelajari jurusan Bahasa ini merupakan pilihan yang terbaik bagi para pelajar yang ingin mengenali Bahasa Melayu ini.
Baiklah, penulis ingin menceritakan tentang hobi dan kegemaran penulis, "Fashion is Passion"!. Penulis agak kabur tentang ayat tersebut, namun ianya amatlah memberi kesan yang mendalam dan menjadikan penulis begitu berminat dalam industri fesyen antarabangsa. Mengenali tokoh fesyen terkemuka didunia seperti Coco Channel, beliau begitu agresif dalam memberi idea dalam rekaan pakaian, perfume, dan aksesori. Pilihan penulis pastinya kepada pakaian lelaki.
Beralih pula kita kepada kehidupan keluarga, penulis merupakan anak pertama daripada tiga orang anak kepada kedua ibubapa penulis. Kami menetap di Indera Mahkota, Kuantan. Walaupun setelah sekian lama kami berada sana, namun penulis amatlah berbangga dengan setiap ahli anggota keluarga penulis kerana mereka Berjaya menjadikan model yang terbaik dalam kehidupan penulis. Alhamdulilah, walaupun kami tidak mengalami kehidupan mewah seperti golongan-golongan berada, namun, kami tetap bahagia dalam menjadikan "Family First" sebagai tunjang kehidupan kami.
Bagaimana pula dengan kerjaya dan masa depan penulis? Semestinya mempunyai impian seperti individu yang lain, seperti ingin memiliki kemewahan, kebahagiaan dan berpelajaran tinggi dalam merealisasikan impian penulis. Namun, tidak mustahil untuk mendapatkan kesemua keinginan tersebut melalui USAHA. Ya, usaha!. Kerjaya yang ingin dikecapi adalah usahawan fesyen antarabangsa. InshaAllah, semoga dipermudahkan segalanya.
Banyak perkara yang ingin penulis meluahkan segala perincian kehidupan penulis. InshaAllah, penulis akan meneruskan cerita ini dimasa yang akan datang. Semoga kita ketemu lagi.
No comments:
Post a Comment