Monday, 27 June 2016

Mengimbau kisah "Maria Mariana"



Kejujuran oh hatimu Maria,

Melambangkan aggungnya seorang wanita,

Mencurah kasih menabur sayang tiada meniti batasan,

Disebalik naluri Mariana,

Yang memendam cemburu dan curiga,

Walaupun kasih amat mendalam hatinya masih jua resah,



Maria oh Mariana,

Kekalutan masih juga melanda,

Walaupun jiwa hampir serupa,

Dimanakah nanti penghujungnya...



Keindahan warna lirik lagu yang di sampaikan oleh penyanyi yang terkemuka pada sekitar 90-an iaitu Zamani. Melihat akan alunan dan maksud liriknya yang begitu memukau seluruh penonton dan meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam sebuah filem berprestij pada ketika dahulu. Penulis amat tertarik untuk menceritakan beberapa pandangan akan sebuah filem hebat yang di arahkan oleh Datuk Yusof Haslam pada tahun 1996 dan 1998.

       Seperti mana yang kita ketahui, cerita ini mengisahkan tentang dua beradik yang mempunyai watak dan perwatakkan yang amat bertentangan antara seorang kakak dan adiknya. Pertelingkahan yang seringkali mengundang kesabaran seorang kakak terhadap adiknya yang bersikap bebas membuatkan keluarganya sentiasa kegelisahan. Maria (Erra Fazira) memilih untuk menumpukan kejayanya sebagai seorang polis. Namun begitu, sifat Mariana (Ziana Zain) juga dapat dilihat begitu senang akan kehadiran seorang jejaka yang telah menerangi kehidupan beliau, iaitu Jefri.

      Kemuncak kekecewaan Mariana datang apabila Jefri (Edika Yusof) memilih untuk berkahwin dengan Maria dan bukannya beliau. Dalam masa yang sama, Tony dan Robert merupakan pemimpin kepada geng penjenayah cuba untuk menghancurkan dan menculik Mariana. Maria mempertaruhkan risiko hidupnya sendiri untuk menyelamatkan adiknya. Kesannya, Maria mengalami cedera parah kerana ditembak. Pengakhiran filem Maria Mariana tidak bergantung sampai disitu sahaja, kerana pada tahun 1998 telah menghasilkan satu lagi sambungan filem daripadanya, iaitu Maria Mariana 2.


        Maria dikejarkan ke hospital dan diselamatkan oleh Dr. Faris yang berjaya mengeluarkan peluru dari tubuhnya. Setelah setahun diberikan cuti rehat, Maria ditugaskan ke Unit Khas PDRM. Unitnya telah diarahkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal di salah sebuah Kelab Malam yang tersohor. Kehadiran Remy (Rosyam Nor), iaitu rakan sekerja yang mula menyimpan perasaan terhadap Mariana telah mencorakkan lagi jalan cerita ini dimana. Roy (Roy Azman) iaitu bekas teman lelakinya yang telah muncul semula telah menyebabkan jiwa Mariana memberontak dan kehidupannya liarnya mula kembali. Hubungan Maria dan Mariana kembali tegang.
        Kehadiran Sazali (Awie) yang telah menyelamatkan Mariana daripada Roy dan rakannya telah menambat hari Mariana. Sazali diperkenalkan kepada keluarganya kerana Berjaya menyelamatkannya pada malam tersebut. Mariana bertindak membantu Sazali dalam menguruskan Kelab Malamnya sebagai penyanyi. Namun, hal tersebut mula terbongkar apabila Maria mula mengetahui akan hal sebenarnya iaitu sindiket pengedaran dadah dan pil khayal yang berleluasa. Maria bertindak menghalang adiknya daripda terus berhubung dengan Sazali, namun kekecewaan Mariana dilihat terus menyalahkan nasib dirinya yang sentiasa ditimpa malang.
       Mariana bertindak untuk bertemu dengan Sazali, namun sebaliknya berlaku apabila Mariana telah mendengar semua penjelasan yang tidak diduga oleh Sazali dengan Suzy (Ning Baizura). Mariana bertindak meninggalkan Sazali dan berhenti daripada menyanyi di Kelab Malam tersebut. Unit PDRM yang diketuai oleh Maria telah menyerbu masuk ke Kelab Malam tersebut bagi menumpaskan sendiket pengedaran dadah dan pil khayal. Pergelutan dan tembak menembak berlaku diantara Maria dan Sazali, dan akhirnya Sazali Berjaya ditumpaskan.
       Pengakhiran filem Maria Mariana ini telah menemui penutup yang bahagia, dimana Mariana dikahwinkan bersama Remy dan keluargan mereka tetap bersatu dalam menempuhi segala halangan dan rintangan yang melanda mereka.

 






Saturday, 11 June 2016

Biodata Beta



Assalamualaikum,

Alhamdulilah syukur kehadrat ilahi, setelah menempuh hampir empat bulan lamanya dalam semester empat di Universiti Kebangsaan Malaysia, penulis berpeluang untuk menulis blog ini. Dengan ini penulis dapat meluahkan segala isi cerita, impian dan anggan-anggan dalam kehidupan penulis.

        Sebelum memulakan suka duka, pahit manis, asam garam cerita penulis. Penulis ingin memperkenalkan diri ini, Muhamad Syarifudin bin Sabri adalah nama yang diberi pada tarikh 3hb September 1991 di Raub, Pahang, Malaysia. Penulis kini telah mencapai usia 25 tahun (unofficially), namun kehidupan sebagai seorang pelajar Pengajian Bahasa amatlah luar biasa. Mempelajari jurusan Bahasa ini merupakan pilihan yang terbaik bagi para pelajar yang ingin mengenali Bahasa Melayu ini.

        Baiklah, penulis ingin menceritakan tentang hobi dan kegemaran penulis, "Fashion is Passion"!. Penulis agak kabur tentang ayat tersebut, namun ianya amatlah memberi kesan yang mendalam dan menjadikan penulis begitu berminat dalam industri fesyen antarabangsa. Mengenali tokoh fesyen terkemuka didunia seperti Coco Channel, beliau begitu agresif dalam memberi idea dalam rekaan pakaian, perfume, dan aksesori. Pilihan penulis pastinya kepada pakaian lelaki.

  
        Beralih pula kita kepada kehidupan keluarga, penulis merupakan anak pertama daripada tiga orang anak kepada kedua ibubapa penulis. Kami menetap di Indera Mahkota, Kuantan. Walaupun setelah sekian lama kami berada sana, namun penulis amatlah berbangga dengan setiap ahli anggota keluarga penulis kerana mereka Berjaya menjadikan model yang terbaik dalam kehidupan penulis. Alhamdulilah, walaupun kami tidak mengalami kehidupan mewah seperti golongan-golongan berada, namun, kami tetap bahagia dalam menjadikan "Family First" sebagai tunjang kehidupan kami.

       Bagaimana pula dengan kerjaya dan masa depan penulis? Semestinya mempunyai impian seperti individu yang lain, seperti ingin memiliki kemewahan, kebahagiaan dan berpelajaran tinggi dalam merealisasikan impian penulis. Namun, tidak mustahil untuk mendapatkan kesemua keinginan tersebut melalui USAHA. Ya, usaha!. Kerjaya yang ingin dikecapi adalah usahawan fesyen antarabangsa. InshaAllah, semoga dipermudahkan segalanya.

      Banyak perkara yang ingin penulis meluahkan segala perincian kehidupan penulis. InshaAllah, penulis akan meneruskan cerita ini dimasa yang akan datang. Semoga kita ketemu lagi.